Monday 19 November 2007

SK SG PINANG


SK SUNGAI PINANG terletak di daerah Balik Pulau, dan berjarak 8 km dari Pekan Kongsi. Sekolah ini mempunyai kemudahan fasiliti yang lengkap dan dengan kemudahan ICT yang moden. Setiap guru dan murid ditekankan dengan amalan penggunaan kemudahan yang optimun, Sejajar dengan saranan Kementerian Pelajaran Malaysia. Kemudahan akses intenet tanpa wayar dan kemudahan internet myschoolnet di Pusat Akses menjanjikan guru dengan kemudahan akses bahan rujukan dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Bilik Media, Bilik Komputer, dan Bilik Sains serta bengkel Kemahiran Hidup menjadi pemangkin kepada struktur atau kerangka Pusat Sumber Sekolah.

Jumlah murid dengan kadar anggaran 350 - 400 orang setahun. Kelas yang menjadi pusat ilmu dibahagikan kepada 2, iaitu Kelas Usaha dan Kelas Tekun. Jumlah pendidik semasa adalah 32 orang. Semua guru mempunyai komitmen yang tinggi dalam usaha menjadikan sekolah ini sentiasa cemerlang. Dikenali dengan nama SK SUNGAI PINANG bersempena nama tempat sekolah ini, iaitu ditengah-tengah Pekan Sungai Pinang. Sekolah yang terhampir dalam komuniti ini ialah SJK(c) Sin Min dan sekolah rendah yang terhampir ialah SK SG RUSA. Perhatian yang diberikan oleh komuniti terhadap sekolah ini adalah baik dan sebarang acara yang dianjurkan pihak sekolah mendapat kerjasama erat dari pihak ibubapa dan waris.

Pihak pentadbir sekolah yang diterajui oleh En Mohd Zaki bin Idris selaku Guru Besar di sekolah ini, sentiasa memberikan sokongan dan bimbingan kepada warga SKSP. Beliau dibantu oleh Penolong kanan dan guru-guru yang berpengalaman dalam pelbagai aspek. Kewajipan dan amanah yang dipikul sentiasa digalas dengan penuh dedikasi. Semoga SKSP terus mendaki gunung kejayaan dan dihormati.

No comments: